Wednesday, December 9, 2009

Ends of My Adobe Dreamweaver Courses

Masa itu emas, tapi bagi aku masa itu berlian
kerana berlian lebih tinggi nilainya daripada
emas. Dalam hidup ini, masa beralu dengan begitu
pantas sekali.

Kadang-kadang kita langsung tidak
perasan masa telah berlalu dengan begitu laju
sekali,

Kadang-kadang kita leka dengan dunia tanpa
mengambil berat hal-hal lain yang lebih penting,

Kadang kita tidak mengaplikasikan masa
dengan kepenggunaaan yang optimun untuk
kejayaan kita,

Kadang-kadang kita tidak menggapai peluang
yang ada didepan kita,

Kadang-kadang kita tidak mengambil berat
tentang orang terdekat dengan kita,

Tuntasnya, jikalu kesemua perkara “kadang-kadang”
ini kita kumpulkan, ia pasti menjadi satu masalah
besar buat kita.

Dua mingggu sudah berlalu, sudah banyak yang
aku pelajari dalam menghadiri kursus Adobe
Dreamweaver CS4
anjuran UTeM dan Prestariang ini.
Kelaianan yang aku nampak pada kursus ini ialah
cara pembelajarannya. Tenaga penngajar, Sir Wilson
Partogi
daripada Indonesia telah memberi
kelainnan kepada peserta kursus ini.

Sir Wilson telah mengarahkan peserta kursus 3P
ini membentuk kumpulan masing-masing dengan
kapasiti 6 orang setiap kumpulan. Kelainannya
ialah aku dan kawan-kawan aku mestilah mengajar
di depan! Aku dan kawan-kawan aku diarahkan
untuk mengajar topik-topik yang diambil daripada
buku Adobe Dreamweaver CS4 Digital Classroom
yang telah deiberikan oleh pihak Prestariang.

Aku sangat menyokong pendekatan yang dibuat oleh
Sir Wilson. Dengan menggunakan cara
ini, para peserta secara automatik akan mengkaji
sendiri cara-cara membuat lamanweb yang terdapat
dalam buku tersebut. Jikalau cara yang Sir Wilson
ini tidak diamalkan sudah tentu para peserta
berkemungkinan secara langsung tidak akan membuka buku tersebut.

Pada hari ini iaitu 10.12.2009, aku dan kawan-kawan
aku dikehendaki membuat persembahan tentang tugasan
membuat website yang telah di berikan oleh Sir Wilson
Partogi. Pada awalnya aku merancang untuk mengambil
website yang aku dan kawan-kawan aku buat semasa
mengambil subjek Bengkel Pembangunan Sistem iaitu
“UTeM Sport Center”. Akan tetapi setelah berfikir
dengan lebih mendalam dan kesan-kesan daripada
tindakan ini, aku membuat keputusan untuk tidak
mengambil projek kumpulan aku itu dulu(UTeM Sport
Center).

Dipendekkan cerita, aku ingin membuat sendiri.
Bermula dari membuat file baru di dalam Dreamweaver
CS4, aku mula memikirkan tajuk apa sesuai. Restoran
Village Recipe tetlah menjadi tajuk pilihan aku.
Idea ini datang kerana aku fikir, semua orang di atas
dunia ini suka makan, dan makan itu penting, tamabah
lagi jikalau makanan itu adalah masakan kampung. Jadi
nama Village Recipi inilah telah terhasil dari kotak
pemikiran aku.

Bersama ini akau serta sedikit gambar skrin(screenshot)
yang aku ambil daripada website Village Recipe
yang telah aku buat. Alhamdulillah, aku mendapat
95 markah daripada tugasan yang aku buat dalam masa 4 hari
ini. Website ini juga aku telah upload dalam pelayan(server)
aku di sini.

Screen shot for village recipe
Screen shot for village recipe







Sudah dua minggu belajar, macam mana dengan peperiksaanya
pula? Ya, minggu depan iaitu pada hari ke-14 iaitu hari
terakhir kursus Adobe Dreamweaver CS4 ini aku dan
kawan-kawan aku akan menghadapi peperiksaan secara
talian daripada Adobe. Minggu depan juga aku dan kawan-kawan
aku akan membentangkan projek secara berkumpulan pula.
Tajuk yang aku dan kawan-kawan aku bincang ialah berkaitan
dengan latarbelakang syarikat.

Apa-apa hal kursus Adobe Dreamweaver CS4 ini begitu
menyeronokkan!
Ni ler gambar peserta-peserta kursus ini
hazwan hakim




6 comments:

  1. feel free visit my blog...yayapunye.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wah,dah pro la ko yer pasnih

    ReplyDelete
  3. hmmm nice...

    apa-apapun nak britau ni...

    tahniah! anda telah di tagged.

    http://mialianas.blogspot.com/2010/05/tag-kena-temuramah.html

    ReplyDelete